Untitled Document
 
 
i
ID Ahli
i
Kata Laluan
i
 
 
 
 
 
 
i
English  |  华语  |  BM  |  Lain-lain
   
 
Sejarah Roti
 
Bandar Roti High5, Bandar pertama sepertinya di dunia, membawa anda menyelami dunia pembuatan roti yang mengagumkan dan menyingkap sejarahnya yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Sejarah roti diceritakan dalam bentuk mural warna-warni dan paparan interaktif agar anda dapat menimba pengalaman yang sebenar dan secara langsung. Aroma roti segar lagi enak yang baru dikeluarkan dari ketuhar memberi sentuhan yang membuatkan lawatan anda ke Bandar Roti High5 satu kenangan manis yang sentiasa segar dalam ingatan.
Rahsia Pembuatan Roti Zaman Silam
Marilah kita menyingkap sejarah dan evolusi cara membuat roti yang seiring dengan perubahan zaman. Dari zaman Mesir purba ke Zaman Besi, Zaman Roman dan Zaman Viking, seterusnya Revolusi Perindustrian hinggalah ke hari ini. Setiap era membawa pembaharuan dari segi mutu bijian, proses mengisar dan membakar, dan bentuk serta tekstur roti yang dihasilkan. Semua ini akan terbongkar!
Mengenali Pencipta Sandwich
Earl Sandwich, seorang bangsawan zaman King George, diberi sanjungan kerana memperkenalkan sandwich yang digemari ramai sehingga hari ini! Semua ini kerana beliau terlalu sibuk dan tiada masa untuk duduk menikmati sajian makanan seperti biasa.
Lawatan Ke Sekitar Kilang Menyusuri Jambatan Setinggi 880 Kaki
Lebih menarik lagi, kunjungan anda ke Bandar Roti juga meliputi lawatan yang menyeronokkan ke sekitar kilang. Anda dapat melihat keluasan kilang bakeri yang tersergam dan terbesar di Asia Tenggara pada hari ini dan bersiar-siar menyusuri jambatan setinggi 880 kaki sambil anda meninjau proses membuat roti menggunakan teknologi terkini.
Kedai Roti Zaman Dahulu
Kunjungilah kedai roti zaman dahulu dan perhatikan aneka macam roti dari seluruh dunia. Bandingkan semua yang dipaparkan dengan roti yang anda biasa lihat sekarang. Apakah perbezaannya?
Alat Gergasi Untuk Membuat Roti
Anda pasti kagum melihat alat gergasi yang digunakan untuk membuat roti, seperti pengadun dan ketuhar. Bayangkan timbunan roti setinggi gunung yang telah dibuat dan dimakan sepanjang zaman silam!
Terowong Masa Yang Menyeronokkan
Pengalaman menarik dan menyeronokkan yang membawa anda kembali ke masa kini dalam sekelip mata. Jangan ketinggalan!
Peralatan Antik Untuk Membuat Roti
Anda berpeluang melihat peralatan antik berharga yang digunakan untuk membuat roti. Peralatan ini belum pernah dipamerkan untuk tatapan ramai. Antaranya ialah Mesin Pengasas yang direkabentuk oleh pengasas syarikat, Encik Tan Chin Suan, pada tahun 1960-an.
 
 
 
Tentang Kami   |   Maklumat Pelawat    |   Keratan Akhbar    |   Maklumat Terkini    |   Pakej / Kadar    |   Tempahan Online   
Pendaftaran Ahli    |   Galeri   |   Sebaran Kepada Rakan   |   Hubungi Kami    |   Pertanyaan   |    www.silverbird.com.my
i
 
www.high5breadtown.com